Rabu, 28 November 2012

Keratan Akhbar & Testimoni

KERATAN AKHBAR

Keratan Akhbar Kosmo
 



TESTIMONI PESAKIT DIABETIS 









Bagaimana Vemma Membantu

KESIHATAN ANDA ADALAH KEBANGGAAN KAMI

ADAKAH ANDA PUAS HATI DGN TAHAP KESIHATAN DIRI ANDA???


BAGAIMANAKAH PULA  TAHAP KESIHATAN ISTERI, ANAK2, IBU BAPA, SUDARA MARA, KAWAN2 DAN JIRAN TETANGGA? 




VeMMA - THE MOST POWERFULL LIQUID ANTIOXIDANT IN THE WORLD


VEMMA merupakan minuman kesihatan yang memenuhi keperluan badan setiap hari. Ia berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia mengandungi 12 jenis Vitamin, 65 Mineral, 18 Asid Amino dan 13 Phytonutrient

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di dalam Jus VEMMA adalah:
Mangosteen, Aloe Verra, Green Tea, Raspberry, Blueberry, Cranberry, Cerry, Peach, Plum, Prune, Orange, Grapefruit, Kiwi, Carrot, Banana dll



VEMMA berfungsi sebagai Pembuang toksik + Peneutral paras alkali + Pemberi nutrisi. Fungsi pembuang toksik adalah membuang segala toksik yang ada dalam badan melalui najis dan perpeluhan. Fungsi peneutral paras alkali pula berfungsi meneutralkan paras alkali dalam badan kepada normal, seterusnya pemberi nutrisi iaitu dengan membekalkan nutrisi (vitamin, mineral, asid amino dan phytonutrient) yang diperlukan tubuh agar setiap anggota tubuh badan dapat berfungsi dengan lancar. 


Bahan utamanya adalah Mangosteen iaitu pelbagai kajian mendapati ia mempunyai kandungan Antioksidan yang paling tinggi di antara buah-buahan yang lain.  

 

Kuasa Xantona VeMMA
 
Xantona ialah sebatian semula jadi yang bertindak sebagai antioksidan dan mendatangkan faedah nutrisi yang berasaskan tumbuhan semulajadi kepada tubuh. Antara sumber-sumber xantona yang dikenali, buah manggis mengandungi antioksidan yang tertinggi secara semula jadi. Salah satu jenis xantona yang dikaji dan diselidik secara paling meluas ialah sebatian “beta mangostin” . Jumlah beta mangostin dan xanotana manggis lain yang dibekal oleh Vemma dalam setiap auns melebihi mana-mana produk manggis lain yang telah kami uji. Ini bermakna jika dibandingkan setiap auns, tahap perlindungan xantona dan antioksidan yang diberi oleh Vemma adalah paling tinggi.!





KHASIAT DARI MANGGIS  MELIPUTI KESIHATAN SELURUH BADAN

1.) Menguatkan sistem immunisasi - Kandungan flavonoid dan flavone dapat mengalakkan antioksida yang lain seperti vitamin A dan C ke tahap yang lebih tinggi
2.) Melawan keradangan - Membantu mengelakkan tisu daripada membengkak, yang boleh menyebabkan banyak jenis penyakit
3.) Memperbaiki komunikasi sesama sel - Kandungan Xanthone di dalam manggis memperbaiki sel-sel di dalam badan dan mencegah penyakit-penyakit daripada merebak. Ia juga mempercepatkan penyembuhan seseuatu penyakit
4.) Mencegah kerosakan DNA - Xanthone telah terbukti dapat mencegah kerosakan DNA, dengan mengurangkan risiko bahan-bahan yang menimbulkan kanser
5.) Membantu sistem limfa - Membantu sistem limfa dengan memusnahkan tisu-tisu yang rosak
6.) Memastikan tiroid berfungsi secara optimum 
7.) Mengurangkan tentangan insulin - Kandungan Xanthone mampu menjadikan kandungan gula lebih stabil
8.) Mengurangkan lemak tubuh badan
9.) Memulihkan kerosakan saraf
10.) Mengimbangi sistem endokrin
11.) Membantu sinergi tubuh badan
12.) Mengurangkan hemorroid
13.) Membantu melegakan hypoglycemia
14.) Melegakan psoriasis
15.) Membantu menyembuhkan luka
16.) Mengurangkan sindrom kesakitan pada bahagian tangan/lengan
17.) Meredakan neurodermatitis - ia melegakan kegatalan pada kulit

KESIHATAN JANTUNG

18.) Membantu melawan sakit jantung
19.) Menguatkan saluran-saluran darah
20.) Mengurangkan tahap LDL (Low density lipo-protein) kolestrol
21.) Mengurangkan tekanan darah tinggi
22.) Membantu mencegah arteriosclorisis

KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN23.) Membantu mengatasi penyakit asid refluks

24.) Membantu menyembuhkan ulser
25.) Meredakan gangguan sindrom usus
26.) Membantu menghilangkan cirit-birit
27.) Boleh melegakan penyakit Crohn ( yang berkaitan dengan gastro-usus)
28.) Dijangka dapat mengelakkan diverticulitis
 
KEHIDUPAN MUDA

29.) Menguatkan tenaga, memperbaiki keanjalan dan meningkatkan stamina
30.) Memperlambatkan proses penuaan -Kandungan nutrien dan antioksidanya yang kuat dapat membantu sel-sel berfungsi secara optimum
31.) Berupaya mencegah penyakit Alzheimer dan mengelakkan hilang daya ingatan - Kandungan flavonoid manggis mampu mengelakkan kebarangkalian hilang daya ingatan
32.) Membantu mengelakkan penyakit batu karang -Kualiti kandungan alkaline di dalam buah manggis membantu meneutralkan perkembangan batu karang
33.) Membantu mencegah penyakit Parkinson -Kandungan antioksida di dalam buah manggis dapat mengelakkan proses pengoksidaan, iaitu faktor utama penyakit ini.
34.) Mengurangkan kesakitan athritis
35.) Memperbaiki kerosakan dari pengambilan pil-pil NSAID ( Non-steroidal anti-inflammatory drugs)
36.) Membantu dalam fungsi mata


KESIHATAN SELURUH KELUARGA

37.) Mengurangkan demam - Menawarkan sistem immunisasi dan penghidratan
38.) Melawan keracunan makanan - Xanthones memusnahkan (Salmonella typhi) yang membawa demam kepialu
39.) Melegakan sakit tekak
40.) Membantu menyembuhkan ulser mulut - Antibiotik yang semulajadi dapat melawan pathogen yang menyebabkan penyakit-penyakit ini
41.) Melawan nafas berbau - Bahan kandungan aktibakteria dapat mebunuh bakteria yang menyebabkan nafas berbau
42.) Membantu mengurangkan migrain - Manggis mempunyai potensi untuk memperbetulkan ketidakseimbangan fungsi serotonin di dalam kandungan darah yang menyebabkan migrain
43.) Melegakan kesakitan gigi
44.) Mengimbangi kandungan hormon dan sekaligus membantu kitaran waktu tidur anda
45.) Menambahkan keupayaan untuk melawan stres dan tekanan - Mengimbangi hormon yang jika berlebihan akan mengakibatkan stres
46.) Memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan perasaan
47.) Menyihatkan otot-otot dan sendi
48.) Membantu membersihkan parut jerawat dan tompok-tompok pada kulit - Bahan-bahan nyahtoksik di dalam manggis dapat membersihkan kulit

Apa kata PAKAR?



PERBANDINGAN DGN PRODUK LAIN

TERSENARAI DI PHYSICIANS DESK PREFERENCE


 Telah mendaftar di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Kementerian Kesihatan Malaysia
Mendaftar Sijil HALAL INFANCA dan JAKIM mengiktiraf SIJIL HALAL Ini


 
 

Selasa, 27 November 2012

Mengenai Diabetis



Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek).  Nama lain kencing manis ialah diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. 

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukosa dalam darah. 



DIABETES adalah satu  keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. 
Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar....
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.



Dua jenis diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:

* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin


* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.



 

Diabetes bergantung insulin
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. 

Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling. 


Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital. 


Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes. 

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula. 


Diabetes bebas insulin - jenis kedua 

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia 


Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 


Diabetes bentuk lain
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.


Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:

* Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
* Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
* Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)

* Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
o Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
o Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
o Otak - Angin ahmar (hubung dengan strok)
o Buah pinggang - kegagalan buah pinggang
o Jantung - Sakit jantung

Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi


Diabetes mampu...


1. Boleh memendekkan 10 tahun lebih awal usia pesakit
2. Punca utama penyebab strok di Asia
3. Setiap 10 saat, seorang mati kerana komplikasi diabetes
4. Setiap 30 saat, seorang kehilangan kaki kerana komplikasi diabetes
5. 151 juta pesakit pada 2000
6. 220 juta pada 2010
7. 300 juta pada 2025
8. 366 juta pada 2030

9. Memory Lost (nyanyuk)
 

Diabetes jenis dua adalah risiko utama masalah kardiovascular (CVD). CVD boleh berlaku dalam empat lokasi  sistem peredaran darah;

a) Jantung (masalah jantung koronari) yang membawa kepada angina (sakit dada) serangan jantung atau kematian mengejut (sudden death)

b) Otak – (masalah cerebrovascular) yang menyebabkan strok atau disebut juga mini strok (transiet ischaemic strok) bekalan darah pada bahagian tertentu di otak terganggu seketika.

c) Kaki (bahagian bawah atau tapak kaki) yang menyebabkan gangrene (tisu mati yang memerlukan ia dipotong.
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

 

Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:

* Mengawal pengambilan makanan
o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
* Melakukan senaman fizikal
o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
* Ubatan
o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.

Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.




Anda boleh menjaga diri anda sendiri

* Penjagaan secara umum:
 

o Penjagaan kulit
+ Mandi setiap hari
+ Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
+ Merawat luka dan calar dengan segera
+ Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
 

o Penjagaan kaki
+ Basuh kaki setiap hari
+ Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
+ Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
+ Potong kuku jari kaki secara lurus
+ Tukar stokin anda setiap hari
+ Jangan berjalan tanpa kasut
+ Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
* Mengawasi diri sendiri
 

o Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes


* Penjagaan gigi
* Kerap menjalani pemeriksaan mata
* Mengelakkan minuman keras
* Berhenti merokok


Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?



Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup gaya sihat mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal.
    Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori).
    Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badanKajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Kekalkan berat badan yang unggul . Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
  •  
Pemeriksaan Doktor dan Ubat 
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.